Wednesday, 29 July 2015

Tips warna harian : KHAMIS-KUNING

Selfie lagi.
Usai KakSeri bersiap pagi ni, AbgHj menegur, "Aik, macam kerja kat Maybank ajer".
Aah lah. Kami pun gelak aje. 

Semalam KakSeri sudah kongsikan tips warna harian yang memudahkan kita (wanita cantik) mengurangkan masa merenung gerobok baju kita.

Hari ni pulak KakSeri nak kongsi sedikit info tentang warna hari ni iaitu warna kuning atau warna jingga.

Hahahah.. tukar karakter jadi nek bomoh warna kejap ya.

Warna kuning dikaitkan dengan warna energi di bahagian perut. 

Ada banyak persamaan pendapat tentang setiap warna dalam pengajian ilmu warna seperti ilmu 7 Chakra dan ilmu psikologi warna.

Asasnya warna kuning disifatkan sebagai warna tenaga yang merangsang kreativiti, kesungguhan dan meningkatkan kekuatan dan keyakinan diri.

Kalau nak berkreatif tentang bagaimana nak susun matlamat ker, nak design marketing plan ker, nak pilih design langsir ker, buatlah hari ni. Hari Khamis.

Berpuasa hari khamis juga dikaitkan dengan mencuci perut, punca segala penyakit.

Ok itu aja sikit-sikit. Nak tahu banyak lagi.. ggle lah ya...

Psst : KakSeri sedang kumpul tips untuk dikongsi di tipsasas.blogspot.com. Ada yang berminat nak share tips dengan KakSeri?

Dan owh.. dress cantik KakSeri pakai ni dari koleksi JubahEksklusifSeriAishah. Boleh dapatkan di seriaishah.com/shoppe.




TIPS melayan tetamu

Tetamu Raya Pertama KakSeri berkunjung ke rumah malam ini. Aduuhh.. terlupa mahu abadikan momen itu di kamera.

Leka dengan perbualan rancak dan beberapa perkongsian tips bisnes. Inilah hikmah berkawan-kawan. Sentiasa ada ilmu bertukar-ganti.

Dari Abu Hurairah R.A katanya:
“Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”
Hadith riwayat Muslim.

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat.”

Alhamdulillah.

KakSeri ambil kesempatan ini mahu kongsikan 6 TIPS adab-adab melayan tetamu. (Sambil berg👀gle)

 menyambut dan menjemput tetamu masuk dan menunjukkan kemesraan dengan muka yang manis.
.
 Wajib menutup aurat.
.
 Menggunakan bahasa yang sopan dan baik ketika bercakap.
.
 Menyediakan tempat duduk yang selesa dan bersih.
.
 Menyediakan makanan dan minuman yang terbaik mengikut kemampuan.
.
 Mengiringi tetamu ke muka pintu ketika hendak pulang.


Psst : Letakkan diri kita sebagai tetamu. Bagaimana kita mahu diri kita di layan?



TIPS menambat hati keluarga mertua

Malam ni KakSeri dan famili berkumpul dengan 'adik beradik' sebelah AbgHj.
Emak menakan pupu, MakTeh dan MakTam serta keluarga. Keluarga sebelah Mak Mertua KakSeri.


KakSeri tak sempat jumpa MakMertua. Erti kata lain, mak mertua meninggal dunia sebelum KakSeri berkahwin. Maka, KakSeri tiada pengalaman punyai  Mak Mertua.

Namun mendapat perhatian dari bapa mertua, kakak-kakak dan abang ipar, sudah membayangkan betapa mesranya dan tingginya kasihsayang seorang 'Ibu Mertua'.

Alhamdulillah. KakSeri beruntung.
Bahkan ukhwah dengan 'adik beradik' (baca : saudara mara) AbgHj yang lain juga sangat baik dan rapat.

Menjaga hubungan kekeluargaan dengan pihak pasangan sangat penting. Pernah dengar bidalan ini?
Apabila kita berkahwin denga suami kita, kita juga turut berkahwin dengan keluarganya.
Pasti kita perlukan sedikit masa untuk memahami, apatah lagi jika berkahwin dengan pasangan yang mempunyai bahasa dan budaya negeri yang berbeza.

4 TIPS yang mahu KakSeri kongsikan untuk adik-adik (khusus wanita) yang bakal 'berkahwin' dengan keluarga pasangan masing-masing.

💌 Belajar faham cara mereka. Bahasa, panggilan, makanan, gaya pergaulan. Jadi pemerhati dan pendengar yang baik.

💌 Komunikasi santai, memuji dan meraikan mereka. Bertoleransi dalam menyuarakan pendapat.

💌 Luangkan masa di dapur bersama (walau tidak memasak, ringankan tangan bantu apa yang perlu)

💌 Adakala kita perlu jadi sesumpah, menukar 'sedikit' gaya supaya terbina rasa kebersamaan dan keserasian.

Psst.. Bukan dengan bisnes partner saja kita apply teknik 'mirroring / matching' ya.

TIPs sertai bisnes MLM

Sabtu yang lalu, KakSeri hadiri Majlis sambutan Hari Raya anjuran salah satu syarikat yang menjual produk secara jualan langsung melalui agen atau biasa orang sebut MLM.

Huhuhu... bila sebut MLM, ramai yang takut. Kalau orang tahu KakSeri join MLM, entah-entah 90% friend akan unfriend! Ye ker? Takkan lah kot..


Sebab utama, 


No 1. Mereka kata orang MLM suka paksa-paksa. Pantang jumpa, asyik nak suruh join ajer.


No 2. Kita pulak, susah betul untuk kata TIDAK atau TAK NAK. Tu yang kawan MLM kita dok mengekor kita tak sudah sudah.


Betul betul?


Meh KakSeri nak bagi cerah sikit pasal MLM ni. 

MLM = Multi Level Marketing = Network Marketing.
Ianya adalah sekadar salah satu pelan pemasaran yang dibenarkan KPDNKK.

Tujuannya, pengedaran mouth-to-mouth. Ini lebih berkesan dari penggunaan iklan di mass media kerana kebiasaannya produk yang di jual adalah produk NICHE. 


Kos marketing mereka digantikan menjadi komisen kepada para agen.


5 TIPS dari KakSeri untuk kawan-kawan hadapi agen MLM. :)


1. Andai tak perlukan produk itu, terus kata TAKNAK atau TAK PERLUKANNYA. (Walaupun agen sudah diajar bagaimana nak handle objection. Haha)


2. Andai tertarik dan ia keperluan, belilah produk dahulu dan pakai. Rasakan pengalaman guna produk.


3. Andai tak sukakan pengalaman guna produk itu, gunakan tips 1 apabila agen MLM followup.


4. Andai suka dan mahu teruskan pengalaman, semak harga AHLI. Kebiasaannya lebih menguntungkan. Buat kira-kira. Guna kalkulator.


5. Apabila sudah jadi ahli, kongsikan saja pengalaman baik kita kepada mereka yang mungkin mengalami masalah seperti kita sebelum ini. Sayangi mereka dan sampaikan ilmu atau penyelesaian yang kita tahu. Moga menjadi ilmu bermanafaat bekalan ke Syurga.


Tanpa sangka, kita juga dapat menambah nilai ekonomi hidup kita dan menambah nilai kehidupan orang lain.


Mahu agresif atau tidak, tanya pada MATLAMAT.


Pesan KakSeri, usah kita jual produk yang kita tak pasti keberkesanannya.  Takut-takut terkeluar dari konsep PATUH SYARIAH. 




TIPS pilihan warna pakaian harian

Pagi-pagi KakSeri dah berselfie. Ahakss.  Nak kongsi tunjuk antara design JubahEksklusif SeriAishah yang KakSeri suka.

Bunga-bunga pink berlatar belakangkan deep blue. Warna segar.

Owh ya, hari ni hari rabu. Hari biru. Warna ruang thyroid, warna komunikasi.

KakSeri sememang menggayakan pakaian ikut warna hari.
  • Isnin - Putih
  • Selasa -Pink/Ungu
  • Rabu - Biru
  • Khamis - Kuning/Jingga
  • Jumaat - Hijau
  • Sabtu - Merah
  • Ahad - Hitam


Bila ada susunan ni, senang KakSeri pelbagaikan warna dalam wardrobe (baca: gerobok baju) dan pilih.

Boleh memendekkan masa merenung barisan baju sebanyak 80%.
Sangat membantu mereka yang ada masalah serupa. 

Ada rahsia disebalik warna ni sebenarnya, untuk aura dan rawatan diri. Kawan-kawan boleh ggle. Banyak info khususnya dari sumber Colour Vibration Therapy.

OK Bai!